Saturday, October 20, 2012

pengalaman terindah bersama anak muridku

kenangan bersama di ECM


Tanggal 19 oktober 2012 merupakan tarikh terakhir penulis menjalani latihan mengajar di SMKTPPTM, Kuantan, Pahang. Penulis berlatih mengajar matapelajaran pendidikan seni visual di 4 buah kelas iaitu kelas 4 gigih, 4 budiman, 2 gigih dan 2 budiman. Penulis bersyukur kerana Allah memberikan kenangan manis ketika mengajar di kelas tersebut. Remaja sekarang memang pelbagai karenah. tetapi dunia tentu sunyi jika tiada pelbagai ragam manusia. Melalui kepelbagaian kecerdasan mereka penulis belajar cara untuk memberikan mempelbagaikan kaedah mengajar supaya menarik perhatian mereka. itulah maksud belajar sepanjang hayat, penulis terpilih untuk belajar mengenal sikap pelajar sekolah. Sesungguhnya, ia sangat menyeronokkan untuk penulis belajar. sambil belajar untuk mengajar, penulis juga belajar untuk menyatukan hubungan silaturrahim sesama manusia di bumi SMKTPPTM ini.

kenangan bersama rakan seperjuangan dari Kampus sangat menggagumkan. dari situ penulis belajar berkawan dengan mereka  iaitu syafiqah, hajar, syikin, mas, fatehah, anwar dan lan.  kalian rakan yang sangat baik penulis kenali sepanjang 4bulan kita bersama. pahit dan manis sama-sama kita tempuhi.

buat anak-anak murid sulungku, 4gigih, 4 budi, 2budi dan 2 gigih. kalian sangat teristimewa. penulis berharap kalian akan terus berjuang menempuh peperiksaan besar pada tahun depan. PMR dan SPM. Jangan lalai dalam pelajaran. Hadiahkan keputusan yang cemerlang untuk ibu bapa kalian. Jangan hampakan mereka. Tiada Ibu Bapa siapalah kalian untuk berada di sekolah. Ingat itu ya. penulis minta maaf tidak dapat  menunaikan permintaan kalian merasa laksa johor. kewangan penulis tidak mengizinkan. InsyaAllah, ada rezeki penulis buat di Johor.

Terima Kasih sekali lagi membuat jamuan perpisahan di kelas 4gigih. Penulis hargai sangat-sangat.  Semoga kita ketemu lagi di lain waktu. InsyaAllah. Ingat pesan penulis, hormat  guru yang memberikan ilmu kepada diri kita, apabila terguris hatinya, maka ilmu yang kita terima tidak berkat. Jaga hati guru dan ibu bapa ye anak-anak murid penulis sekalian.





#terima kasih sudi menjadi anak-anak murid terbaik buat cikgu. cikgu tidak akan melupakan kalian semua yang memberikan kenangan manis buat cikgu. semoga berjaya pada masa hadapan. xoxo

Monday, October 15, 2012

Cetakan


Pengenalan Cetakan

Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.

Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.


Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15. 


Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.

Jenis-jenis Cetakan

1. Cetakan timbulan:

Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.

Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran. 


2. Cetakan benam:

Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.

Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.
Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.



3. Cetakan planograf:

Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.

Dikenali juga sebagai litografi.

Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.

Menggunakan blok batu kapur.

Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.



4. Cetakan stencil (sarigrafi):

Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.

Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.

Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.






Sunday, October 14, 2012

Catan Atau Painting


DEFINISI CATAN

proses menggambar dengan menggunakan bahan pewarna dan cat yang disapu ke atas pelbagai permukaan yang mewakili gambaran dan pemikiran atau rekaan tertentu sama ada nyata atau abstrak.

#catan membolehkan pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan dan merakamkan gambaran yang diterjemahkan dalam bentuk imej visual.

#sejarah lukisan bermula pada zaman Yunani Purba yang bertemakan keagamaan


Sunday, October 7, 2012

Garisan

Definisi Garisan

Garisan ialah cantuman satu siri titik. garisan dihasilkan dengan menggunakan alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan di atas sesuatu ruang atau permukaan.

Garisan mudah dikenali kerana sifatnya yang lebih menonjol dalam persekitarannya.


Jenis-jenis Garisan




contoh garisan Silang (cross hatching)



contoh garisan beserta contoh karya


arca menggunakan garisan


contoh Garisan alam semula jadi


Fungsi Garisan


Garisan menimbulkan ton
-untuk menggambarkan struktur objek melalui ilusi cahaya dan pembayangan
- garisan yang tebal menghasilkan ton gelap manakala garisan yang nipis menimbulkan ton cerah.


Garisan menimbulkan Rupa



Garisan menimbulkan Jalinan



Garisan menimbulkan Pergerakan






Garisan menimbulkan bentuk




By: miss kiw1/2012




Asas Seni Reka


Unsur Seni


  1. Garisan
  2. Rupa
  3. Bentuk
  4. Jalinan
  5. Warna
  6. Ruang
Prinsip Rekaan

  1. Harmoni
  2. Penegasan
  3. kepelbagaian
  4. Imbangan
  5. Kontra
  6. Kesatuan
  7. Pergerakan dan irama
By: Miss Kiw1

Jonas Brothers in kuala Lumpur soon



The Jonas Brothers will hold its debut concert here on 24 at Stadium Negara, Kuala Lumpur at 8pm. 
organised  by The Wonderland, Jonas Brothers live in Malaysia will see Joe, Kevin and Nick Jonas performing hits such as when you look at me in the eyes, Burning Up, Love Bug, Hold on and SOS, with their band. 

For detail, call Ticket Charge at 03-9222 8811 or visit ticketcharge.com.my

by: New Straits Times/ Life & Times Showbiz

Wednesday, September 26, 2012

Art Expo Malaysia 2012 is back



Art Expo Malaysia 2012 is back!
The exhibition will feature more than 60 participating art galleries and organisation from 20 countries.
They include Bank Negara Malaysia Museum, National Visual Arts Gallery Malaysia, Henry Butcher Art Auctioneers as well as first-time participants such as Purplehouz Fine Arts and Core Design Gallery to name a few.
Venue: MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC) 
 

Tuesday, September 25, 2012

Resident Evil Retribution - hot movies


pertama sekali. aku nak bagi komen tentang movie ini. movie resident evil yang baru dan kurang menyengat. kerana menampilkan pelakon china yang sangat kurang peranannya dalam resident evil 5. kemungkinan pengarah ini hanya ingin memperkenalkan watak beliau dalam movie tersebut. tetapi pada aku watak pelakon china ini tidak berjaya. lebih baik hanya membiarkan watak alice. Paling terbaru Alice ada anak. Gimik yang sangat bagus. kemunculan negara seperti jepun, china, mexico dan new york. perasan tak negara tersebut mempunyai kuasa besar di dunia. tetapi dalam cerita ini negara tersebut telah diserang zombie. sangat melucukan. jadi sesiapa nak pergi melancong di sana kena lah bersedia sebab 4 negara tersebut ada zombie. Lol.

selamat menonton kepada yang sedang menonton.  bye.



Monday, September 17, 2012

Buku Gergasi "Giant Book"


Penulis ditugaskan untuk membuat gimik sempena projek NILAM sekolah. tetapi sebelum itu, penulis perlu mencari beberapa rujukan untuk menghasilkan Buku Gergasi atau Giant book yang baru untuk tatapan VVIP atau pelajar sekolah.

jadi ada antara gambar-gambar berikut menjadi pilihan penulis. untuk pengetahuan semua, buku gergasi ini telah lama wujud dan disebarkan ke seluruh dunia.

library missouri, A.S


katil buku

sofa book
china

bhutan book


singapore




banyak yang menarik pilihan penulis.. hiasan pun boleh buat sendiri kan. ok dah dapat idea.. petang ni cari barang pulak. !

sumber : Google image via MISS KIW1





Monday, September 10, 2012

Seni Kraf Anyaman




Tikar Mengkuang/Pandan

Daun-daun pandan atau mengkuang yang cukup tua dipotong dari batang pokoknya sehelai demi sehelai. Kemudian pangkalnya diratakan dan hujungnya dipotong sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara sehingga layu dan dibuang tulang belakang dan durinya dengan alat yang dipanggil jangka. Cara anyaman tikar mempunyai pelbagai corak dan motif. Diantaranya adalah dikenali sebagai kelarai. Semua jenis kelarai adalah berunsurkan alam semulajadi iaitu seperti tumbuh-tumbuhan, bunga, fauna dan sebagainya.

Unsur-unsur tumbuhan seperti akar, pucuk rebung dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang) selalu digunakan. Daripada unsur bunga pula ia menggunakan motif bunga tanjung, bunga melur dan bunga durian. Unsur-unsur fauna pula ada motif berbentuk anak ikan, kepala gajah, tulang ikan dan mata punai. Akhir sekali, bentuk bebas dengan motif seperti kelarai belah ketupat, kelarai beras patah dan kelarai madu manis.

Tikar mengkuang yang lebar bilah anyamannya (tikar bangkar) biasanya diperlakukan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran, melapik punggung di dangau dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berbanding dengan tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak menarik dan berwarna-warni.

Pada kebiasaannya, tikar mengkuang/pandan yang dianyam berwarna-warni akan diletakkan di dalam bilik tidur kerana ia menyerlahkan lagi kecantikkan bilik tersebut.


Tikar Rotan

Anyaman rotan merupakan sejenis anyaman yang mendapat sambutan ramai kerana keunikan dan hasilnya yang halus. Ia senang diperolehi dan pembuatan kraftangan rotan mendapat sambutan yang menggalakkan dan semakin popular..

Cara menganyam rotan tidak banyak bezanya dengan anyaman buluh. Rotan yang telah agak matang sahaja akan ditebang untuk membuat tikar. Batang-batang rotan berkenaan akan dikumpul untuk dikerat bagi memudahkan proses menganyam. Batang rotan yang telah dikerat akan dibelah-belah dalam saiz yang lebih kecil.
Belahan rotan tersebut akan diraut supaya menjadi lebih nipis, licin dan mudah dilentur. Setelah diraut, belahan tersebut telah sedia untuk dianyam. Anyaman tikar rotan sama juga dengan anyaman tikar pandan, mengkuang dan buluh. Proses terakhir untuk anyaman rotan adalah dengan menyapu syelek pada seluruh bahagian anyaman untuk kelihatan lebih cantik dan berkilat.


Anyaman Rotan

Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Pelbagai jenis rotan tumbuh liar di hutan-hutan nusantara. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu, rotan bukit, rotan kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya. Daripada puluhan jenis itu, rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik untuk tujuan pembuatan perabot dan hasil anyaman. Malah, berasaskan potensinya dalam pembuatan perabot, sejak beberapa tahun
kebelakangan rotan manau telah ditanam secara besar-besaran sebagai tanaman komersil sampingan di celah-celah barisan tanaman lain. Hasil anyaman rotan tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga. Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai kelarai perhiasan, seperti terendak lampu.

Memproses Bahan

Batang rotan yang besar dipotong daripada pokoknya antara dua hingga tiga depa panjang supaya mudah diangkut ke luar hutan. Rotan kecil-kecil pula dipotong setakat yang berguna, kemudian dilingkarkan. Sebelum digunakan, rotan perlu direbus supaya tisunya mati dan kandungan gulanya tersingkir. Ini penting untuk memastikan ketahanan dan mengelakkan serangan serangga seperti bubuk.

Rotan yang siap direbus, dijemur hingga kering. Seterusnya, rotan batang yang ingin dijadikan kerangka perabot diketam dan dipelas kertas pasir sebelum divarnis. Sementara rotan yang mahu dijadikan bilah anyaman terus divarnis sebelum disepat atau dibelah.

sumber : Miss Kiw1

Monday, September 3, 2012

lelaki dipanggil gagah apabila bawa handbag wanita


woww..gagahnya beliau di atas ini.

ada statement daripada yahoo mengatakan lelaki gagah apabila membawa handbag wanita !

maklumat berikut berada di link berikut ----> yahoo

t-Shirt love teknik tide and dye


serius sangat menarik t-shirt love ni. anak murid aku hasilkan. tetapi belum boleh di pakai lagi tau. ! kenapa?? sebabnya warna batik ini belum dimatikan lagi dengan soda ash, jika tidak habis badan gatal-gatal terkena bahan kimia ni., haaaa nak kena buat lah.

ingat lah wahai pengguna sekiranya kain bercorak batik yang anda beli luntur warnanya maknanya warna itu belum dimatikan !! ok?

jadi dah paham? boleh buat sendiri di rumah. jika hendak menjualnya pun boleh dengan harga yang berpatutan dengan kemahiran kreatif anda yeeee.

wasalam.

sumber : miss kiw1

Tuesday, August 28, 2012

Batik Teknik Ikat Celup


1. PENGENALAN


a. Batik ialah hasil kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain
b. Batik terkenal di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunai
c. Ragam hias batik Malaysia dipengaruhi ragam hias batik Indonesia
d. Perusahaan batik di Malaysia bermula di Kelantan dan Terengganu


2. Teknik ikat dan celup

teknik ini adalah keadaan di mana pembatik perlu mengikat kain mengikut keperluan mereka dengan getah dan kemudian warna dicecah menggunakan berus. supaya warna yang terhasil pelbagai.  maka terhasillah rupa geometri iaitu love. selepas itu, getah perlu di potong dan kain dibuka. kain perlu dijemur di bawah cahaya matahari supaya warna batik cepat kering.

sumber : penulis miss kiw1



Monday, August 27, 2012

Lemang Periuk Kera menu Hari Raya


pada raya pertama, keluarga penulis membuat lemang periuk kera .. sangat sedap. tambahan lagi penggunaan beras pulut. dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk kera. kemudian periuk kera itu di kukus. !!!

hasilnya..sangat memuaskan. lemang dimakan bersama rendang.sangat enak. ! tapi sayang penulis tidak sempat hendak mengambil gambar. lemang tersebut habis dimakan.. jangan jeles..=).


Tuesday, July 24, 2012

10 Fat-Burning Foods



1. Chili peppers

2. Green tea

3. Oats

4. Low-fat dairy

5. Lean meats

6. Coffee

7. Fatty fish

8. Lentils

9. Whey protein

10. Water



Sakit Kepala Menyerang Orang Yang Berpuasa


kebiasaannya di dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini, kita tidak terlepas dengan penyakit. hari ini miss kiw1 bawakan contoh penyakit yang biasanya menyerang orang berpuasa.
antaranya adalah penyakit sakit kepala atau headache. 

ada dua jenis sakit kepala iaitu 


Friday, July 20, 2012

Budak Besar Menangis Terkandas di Terminal Bas Selatan


alkisah tiket bas ke Batu Pahat dan kawasan selatan sudah habis hari ini berikutan esok umat islam akan menyambut awal ramadhan al-mubarak. Tahukah apa yang berlaku? tuan punya blog ini telah terkandas di terminal bas selatan. Dengan ini, tuan punya blog akan mula menangis. dan tangisannya telah bergema di seluruh terminal. 

" wuaahhhh bagaimana ia berlaku kepada diriku?? wuaaaahh !! Bergegas aku berlari dari puduraya ke terminal ni.. tetapi tidak aku sangka begini jadinya.. Tiket Habis.. "

sedih berlagu la Tuan Punya Blog ni.. 

sob..sob  Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak tahun 2012. 
Jangan Ponteng Puasa ye pembaca sekalian. 
Ingat kita berpuasa seluruh anggota badan kita sekali. 
Assalamualaikum.

Monday, July 16, 2012

Permainan teka bunyi Set Induksi


bab hari ini adalah ilustrasi. set induksi yang aku cuba buat adalah dengan meneka bunyi. set induksi perlu berkaitan dengan isi pelajaran di samping menarik perhatian pelajar. Lagu Tema animasi Popeye antara pilihan aku untuk dijadikan sebagai medium teka bunyi.


illustration


Type of illustrations





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...