Wednesday, September 26, 2012

Art Expo Malaysia 2012 is back



Art Expo Malaysia 2012 is back!
The exhibition will feature more than 60 participating art galleries and organisation from 20 countries.
They include Bank Negara Malaysia Museum, National Visual Arts Gallery Malaysia, Henry Butcher Art Auctioneers as well as first-time participants such as Purplehouz Fine Arts and Core Design Gallery to name a few.
Venue: MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC) 
 

Tuesday, September 25, 2012

Resident Evil Retribution - hot movies


pertama sekali. aku nak bagi komen tentang movie ini. movie resident evil yang baru dan kurang menyengat. kerana menampilkan pelakon china yang sangat kurang peranannya dalam resident evil 5. kemungkinan pengarah ini hanya ingin memperkenalkan watak beliau dalam movie tersebut. tetapi pada aku watak pelakon china ini tidak berjaya. lebih baik hanya membiarkan watak alice. Paling terbaru Alice ada anak. Gimik yang sangat bagus. kemunculan negara seperti jepun, china, mexico dan new york. perasan tak negara tersebut mempunyai kuasa besar di dunia. tetapi dalam cerita ini negara tersebut telah diserang zombie. sangat melucukan. jadi sesiapa nak pergi melancong di sana kena lah bersedia sebab 4 negara tersebut ada zombie. Lol.

selamat menonton kepada yang sedang menonton.  bye.



Monday, September 17, 2012

Buku Gergasi "Giant Book"


Penulis ditugaskan untuk membuat gimik sempena projek NILAM sekolah. tetapi sebelum itu, penulis perlu mencari beberapa rujukan untuk menghasilkan Buku Gergasi atau Giant book yang baru untuk tatapan VVIP atau pelajar sekolah.

jadi ada antara gambar-gambar berikut menjadi pilihan penulis. untuk pengetahuan semua, buku gergasi ini telah lama wujud dan disebarkan ke seluruh dunia.

library missouri, A.S


katil buku

sofa book
china

bhutan book


singapore




banyak yang menarik pilihan penulis.. hiasan pun boleh buat sendiri kan. ok dah dapat idea.. petang ni cari barang pulak. !

sumber : Google image via MISS KIW1





Monday, September 10, 2012

Seni Kraf Anyaman




Tikar Mengkuang/Pandan

Daun-daun pandan atau mengkuang yang cukup tua dipotong dari batang pokoknya sehelai demi sehelai. Kemudian pangkalnya diratakan dan hujungnya dipotong sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara sehingga layu dan dibuang tulang belakang dan durinya dengan alat yang dipanggil jangka. Cara anyaman tikar mempunyai pelbagai corak dan motif. Diantaranya adalah dikenali sebagai kelarai. Semua jenis kelarai adalah berunsurkan alam semulajadi iaitu seperti tumbuh-tumbuhan, bunga, fauna dan sebagainya.

Unsur-unsur tumbuhan seperti akar, pucuk rebung dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang) selalu digunakan. Daripada unsur bunga pula ia menggunakan motif bunga tanjung, bunga melur dan bunga durian. Unsur-unsur fauna pula ada motif berbentuk anak ikan, kepala gajah, tulang ikan dan mata punai. Akhir sekali, bentuk bebas dengan motif seperti kelarai belah ketupat, kelarai beras patah dan kelarai madu manis.

Tikar mengkuang yang lebar bilah anyamannya (tikar bangkar) biasanya diperlakukan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran, melapik punggung di dangau dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berbanding dengan tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak menarik dan berwarna-warni.

Pada kebiasaannya, tikar mengkuang/pandan yang dianyam berwarna-warni akan diletakkan di dalam bilik tidur kerana ia menyerlahkan lagi kecantikkan bilik tersebut.


Tikar Rotan

Anyaman rotan merupakan sejenis anyaman yang mendapat sambutan ramai kerana keunikan dan hasilnya yang halus. Ia senang diperolehi dan pembuatan kraftangan rotan mendapat sambutan yang menggalakkan dan semakin popular..

Cara menganyam rotan tidak banyak bezanya dengan anyaman buluh. Rotan yang telah agak matang sahaja akan ditebang untuk membuat tikar. Batang-batang rotan berkenaan akan dikumpul untuk dikerat bagi memudahkan proses menganyam. Batang rotan yang telah dikerat akan dibelah-belah dalam saiz yang lebih kecil.
Belahan rotan tersebut akan diraut supaya menjadi lebih nipis, licin dan mudah dilentur. Setelah diraut, belahan tersebut telah sedia untuk dianyam. Anyaman tikar rotan sama juga dengan anyaman tikar pandan, mengkuang dan buluh. Proses terakhir untuk anyaman rotan adalah dengan menyapu syelek pada seluruh bahagian anyaman untuk kelihatan lebih cantik dan berkilat.


Anyaman Rotan

Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Pelbagai jenis rotan tumbuh liar di hutan-hutan nusantara. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu, rotan bukit, rotan kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya. Daripada puluhan jenis itu, rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik untuk tujuan pembuatan perabot dan hasil anyaman. Malah, berasaskan potensinya dalam pembuatan perabot, sejak beberapa tahun
kebelakangan rotan manau telah ditanam secara besar-besaran sebagai tanaman komersil sampingan di celah-celah barisan tanaman lain. Hasil anyaman rotan tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga. Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai kelarai perhiasan, seperti terendak lampu.

Memproses Bahan

Batang rotan yang besar dipotong daripada pokoknya antara dua hingga tiga depa panjang supaya mudah diangkut ke luar hutan. Rotan kecil-kecil pula dipotong setakat yang berguna, kemudian dilingkarkan. Sebelum digunakan, rotan perlu direbus supaya tisunya mati dan kandungan gulanya tersingkir. Ini penting untuk memastikan ketahanan dan mengelakkan serangan serangga seperti bubuk.

Rotan yang siap direbus, dijemur hingga kering. Seterusnya, rotan batang yang ingin dijadikan kerangka perabot diketam dan dipelas kertas pasir sebelum divarnis. Sementara rotan yang mahu dijadikan bilah anyaman terus divarnis sebelum disepat atau dibelah.

sumber : Miss Kiw1

Monday, September 3, 2012

lelaki dipanggil gagah apabila bawa handbag wanita


woww..gagahnya beliau di atas ini.

ada statement daripada yahoo mengatakan lelaki gagah apabila membawa handbag wanita !

maklumat berikut berada di link berikut ----> yahoo

t-Shirt love teknik tide and dye


serius sangat menarik t-shirt love ni. anak murid aku hasilkan. tetapi belum boleh di pakai lagi tau. ! kenapa?? sebabnya warna batik ini belum dimatikan lagi dengan soda ash, jika tidak habis badan gatal-gatal terkena bahan kimia ni., haaaa nak kena buat lah.

ingat lah wahai pengguna sekiranya kain bercorak batik yang anda beli luntur warnanya maknanya warna itu belum dimatikan !! ok?

jadi dah paham? boleh buat sendiri di rumah. jika hendak menjualnya pun boleh dengan harga yang berpatutan dengan kemahiran kreatif anda yeeee.

wasalam.

sumber : miss kiw1

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...