Saturday, October 20, 2012

pengalaman terindah bersama anak muridku

kenangan bersama di ECM


Tanggal 19 oktober 2012 merupakan tarikh terakhir penulis menjalani latihan mengajar di SMKTPPTM, Kuantan, Pahang. Penulis berlatih mengajar matapelajaran pendidikan seni visual di 4 buah kelas iaitu kelas 4 gigih, 4 budiman, 2 gigih dan 2 budiman. Penulis bersyukur kerana Allah memberikan kenangan manis ketika mengajar di kelas tersebut. Remaja sekarang memang pelbagai karenah. tetapi dunia tentu sunyi jika tiada pelbagai ragam manusia. Melalui kepelbagaian kecerdasan mereka penulis belajar cara untuk memberikan mempelbagaikan kaedah mengajar supaya menarik perhatian mereka. itulah maksud belajar sepanjang hayat, penulis terpilih untuk belajar mengenal sikap pelajar sekolah. Sesungguhnya, ia sangat menyeronokkan untuk penulis belajar. sambil belajar untuk mengajar, penulis juga belajar untuk menyatukan hubungan silaturrahim sesama manusia di bumi SMKTPPTM ini.

kenangan bersama rakan seperjuangan dari Kampus sangat menggagumkan. dari situ penulis belajar berkawan dengan mereka  iaitu syafiqah, hajar, syikin, mas, fatehah, anwar dan lan.  kalian rakan yang sangat baik penulis kenali sepanjang 4bulan kita bersama. pahit dan manis sama-sama kita tempuhi.

buat anak-anak murid sulungku, 4gigih, 4 budi, 2budi dan 2 gigih. kalian sangat teristimewa. penulis berharap kalian akan terus berjuang menempuh peperiksaan besar pada tahun depan. PMR dan SPM. Jangan lalai dalam pelajaran. Hadiahkan keputusan yang cemerlang untuk ibu bapa kalian. Jangan hampakan mereka. Tiada Ibu Bapa siapalah kalian untuk berada di sekolah. Ingat itu ya. penulis minta maaf tidak dapat  menunaikan permintaan kalian merasa laksa johor. kewangan penulis tidak mengizinkan. InsyaAllah, ada rezeki penulis buat di Johor.

Terima Kasih sekali lagi membuat jamuan perpisahan di kelas 4gigih. Penulis hargai sangat-sangat.  Semoga kita ketemu lagi di lain waktu. InsyaAllah. Ingat pesan penulis, hormat  guru yang memberikan ilmu kepada diri kita, apabila terguris hatinya, maka ilmu yang kita terima tidak berkat. Jaga hati guru dan ibu bapa ye anak-anak murid penulis sekalian.





#terima kasih sudi menjadi anak-anak murid terbaik buat cikgu. cikgu tidak akan melupakan kalian semua yang memberikan kenangan manis buat cikgu. semoga berjaya pada masa hadapan. xoxo

Monday, October 15, 2012

Cetakan


Pengenalan Cetakan

Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.

Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.


Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15. 


Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.

Jenis-jenis Cetakan

1. Cetakan timbulan:

Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.

Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran. 


2. Cetakan benam:

Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.

Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.
Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.



3. Cetakan planograf:

Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.

Dikenali juga sebagai litografi.

Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.

Menggunakan blok batu kapur.

Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.



4. Cetakan stencil (sarigrafi):

Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.

Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.

Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.






Sunday, October 14, 2012

Catan Atau Painting


DEFINISI CATAN

proses menggambar dengan menggunakan bahan pewarna dan cat yang disapu ke atas pelbagai permukaan yang mewakili gambaran dan pemikiran atau rekaan tertentu sama ada nyata atau abstrak.

#catan membolehkan pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan dan merakamkan gambaran yang diterjemahkan dalam bentuk imej visual.

#sejarah lukisan bermula pada zaman Yunani Purba yang bertemakan keagamaan


Sunday, October 7, 2012

Garisan

Definisi Garisan

Garisan ialah cantuman satu siri titik. garisan dihasilkan dengan menggunakan alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan di atas sesuatu ruang atau permukaan.

Garisan mudah dikenali kerana sifatnya yang lebih menonjol dalam persekitarannya.


Jenis-jenis Garisan




contoh garisan Silang (cross hatching)



contoh garisan beserta contoh karya


arca menggunakan garisan


contoh Garisan alam semula jadi


Fungsi Garisan


Garisan menimbulkan ton
-untuk menggambarkan struktur objek melalui ilusi cahaya dan pembayangan
- garisan yang tebal menghasilkan ton gelap manakala garisan yang nipis menimbulkan ton cerah.


Garisan menimbulkan Rupa



Garisan menimbulkan Jalinan



Garisan menimbulkan Pergerakan






Garisan menimbulkan bentuk




By: miss kiw1/2012




Asas Seni Reka


Unsur Seni


  1. Garisan
  2. Rupa
  3. Bentuk
  4. Jalinan
  5. Warna
  6. Ruang
Prinsip Rekaan

  1. Harmoni
  2. Penegasan
  3. kepelbagaian
  4. Imbangan
  5. Kontra
  6. Kesatuan
  7. Pergerakan dan irama
By: Miss Kiw1

Jonas Brothers in kuala Lumpur soon



The Jonas Brothers will hold its debut concert here on 24 at Stadium Negara, Kuala Lumpur at 8pm. 
organised  by The Wonderland, Jonas Brothers live in Malaysia will see Joe, Kevin and Nick Jonas performing hits such as when you look at me in the eyes, Burning Up, Love Bug, Hold on and SOS, with their band. 

For detail, call Ticket Charge at 03-9222 8811 or visit ticketcharge.com.my

by: New Straits Times/ Life & Times Showbiz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...