Wednesday, March 27, 2013

Tabiat yang membuatkan Anda sakit kepala


kesian dia sakit kepala..

anda sakit kepala?
sakit kepala memang tidak selesa. entah dari mana datangnya tetapi jika anda meneliti tabiat anda, mungkin boleh mencari dalangnya kan..

silau- keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.

kopi-sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafien.

makanan dan minuman - jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. juga pastikan anda minum air secukupnya.

komputer- berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher san badan anda.

ubat- sesetengah sakit kepala adalah disebabkan oleh kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan doktor tetapi sentiasa boleh bertanya anda ada pilihan lain.

Tuesday, March 19, 2013

Berus Gigi Pertama Di Dunia

Siwak

Tahukah anda bahawa kita menggunakan berus gigi pabila hendak memrbersihkan gigi yang berkarat atau membuang plax (iklan gigi). Hakikatnya kita belum sedar siapakah pelopor pertama sekali menggunakan berus gigi. yang pastinya bukan pengasas berus gigi C.

Pernahkah anda mendengar Siwak? siwak adalah sejenis alat yang digunakan untuk membersihkan gigi pada zaman Rasulullah. Nabi Muhammad SAW melopori penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

Mungkin pada zaman moden ini, jarang manusia muslim hendak menggunakan berus gigi Siwak. Tapi apa salahnya jiga kita hendak mengikut sunnah dengan rajin memberus gigi sebelum mengambil wuduk.

*belum pernah cuba guna siwak. lagipun masa kecil tak didedahkan penggunaan berus gigi siwak. Nak cuba cari laa.

Monday, March 11, 2013

Khasiat Bayam Untuk Kesihatan



Tulang yang lebih kuat

*makan bayam boleh mengelakkan osteoporosis. Jadi, tidak perlu terlalu bergantung pada makanan tambahan  yang mungkin terlalu mahal. kewujudan sumber vitamin K yang terbaik dari bayam, ia cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum! Selain itu, ia juga membantu membina salur darah yang lebih baik. Kaya dengan zat besi dalam membina sel darah merah (bawa oksigen ke seluruh badan). Jadi, kalau kurang zat besi, kita akan mudah rasa lemah, mudah mengantuk, mudah hilang tenaga batin dan akhirnya boleh dapat anemia. Bayam juga kaya dengan sumber antioksidan. Maka, sudah tentu bagus untuk mencegah terkumpulnya plak kolestrol pada arteri (kalau tersumbat di saluran arteri jantung, maka risiko untuk dapat sakit jantung amatlah tinggi!). ia juga bagus dalam mengawal tekanan darah.

leh jadi kuat macam popeye..trut trutt


#saya suka makan bayam..boleh jadi macam popeye.

Friday, March 1, 2013

Pameran Latiff mohidin di UM


bissmillahirrahmanirrahim.

Pameran 60 tahun Latiff Mohidin RETROSPEKTIF sedang berlangsung di galeri seni Universiti Malaya. Anda dijemput hadir bagi melihat karya agung beliau. Justeru itu, Jom pakat ramai-ramai melihat karya agung ini.

sedikit ulasan daripada akhbar utusan:


*jom tengok ramai-ramai ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...