Monday, April 29, 2013

6 kebaikan Mandi Subuh


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit…
sumber :myberita

Monday, April 15, 2013

Kurangkan Post perkara peribadi di Laman Sosial

Secara peribadinya aku setuju sangat dengan pendapat seorang ustaz tentang suami isteri tunjuk-tunjuk kasih sayang. sekarang ni, jiran-jiran kita tak semestinya di sekeliling rumah kita. tetapi.. dalam laman sosial pun boleh jadi mereka ialah jiran kita di dalam maya. Tak setuju? baiklah, sebelum kita ingat kongsi gambar peribadi seperti sambutan ulang tahun perkahwinan, sambutan hari jadi, atau majlis lain, kita kena fikir apa perasaan orang yang melihatnya? mungkin kita harapkan pujian orang ramai. seperti ''so sweeett darl'', ''i pon nak gak babee'' .. mungkin dengan pujian tersebut anda akan melambong di awang-awangan..hmm tapi kita kena beringat setiap pujian itu hanyalah untuk Allah S.A.W. kenapa kita boleh terjebak dengan nikmat dunia yang sementara sahaja kepada kita?bukankah itu hanya sia-sia.

ustaz tu pon respect orang yang kaya tapi tak nak menunjuk kat laman sosial.

Pesanan ustaz tersebut, kalau boleh siarkan yang memberi manfaat kepada si pembaca sahaja. Mungkin ada si pembaca yang terasa. saya sendiri pon ada juga buat silap. apa-apa pon jom kita berubah ke arah kebaikan.

comel kan bayi ni.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...