Wednesday, September 25, 2013

Bahaya Penyakit Resdung

bissmillahirrahmanirrahim. kelmarin miss kiw1 dapat tahu bos terkena penyakit resdung. penyakit itu dapat dikesan setelah pergi ke hospital. bos kiw1 mendapat tanda-tanda awal seperti sakit kepala, sukar untuk tidur dan masalah penglihatan yang sangat teruk.  Ia juga memberi kesan kepada profesion kerjaya kerana sukar untuk berkomunikasi, perbincangan, dan membuat sebarang kerja.

justeru itu, setelah pemeriksaan terhadap otak, dan mata, dan seterusnya hidung. doktor suspek bos terkena penyakit resdung yang sangat teruk. miss kiw1 ingatkan cuma perkara biasa. tapi bos bagitau resdung tu boleh menjadi bernanah. mungkin jangkitan kuman yang sangat serius. kesian bos.

kepada sesiapa di luar sana yang memiliki penyakit ini ambillah langkah berjaga-jaga. pastikan kesihatan dijaga dan ketika terkena sebarang penyakit rawat lah. pemakanan dikawal. sebarang pantang larang dalam pemakanan mesti konsisten. mungkin ada nafsu nak makan sangat kawallah sebelum melarat. memang rugi tak makan.tapi elakkan. mencegah lebih baik daripada merawat.

nasihat ini untuk kebaikan kita semua. saya doakan anda dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa.amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...