Monday, November 3, 2014
Biskut Marie Dan Susu
Tanjong Malim
"waaaaaaa! petang begini harusnya buat apa yaa"?? lalu aku terpandang cawan limited edition Coca Cola hadiah dari sahabatku.. "Slurppppp", aku terbayangkan susu jenama Gooday dalam peti ais. tidak menunggu lama aku pun dengan berlari gaya pelari watson zuppppppp 3saat aku berlari... yeahhhh ! aku menang juga..detik hatiku.. ini hanyalah cara aku bergurau dengan tubuh aku sendiri.
"kahkahkahkah" gelak aku sendirian.. tuang susu dalam gelas khas tu beb.. memang selalu aku buat. Cehhhhhhh baru nak kasi tau. sampai je dalam bilik aku terpandai Biskut Marie cap Ping Pong.. krakkkk Krukkkkk krakkkkk... pehh sedap seh makan biskut ni.. cecah susu lagi kan. nak poyo sendiri.. biskut ni perisa kopi.. bertukar warna air susu ni jadi coklat. sebab hitam campur putih jadinya coklat bukan???
kruppp kruppp sedapnya sambil baca buku "what A Girl Want" ... huh nak buku orang putih.. buku orang coklat tiada ke aku nak baca?? eiiiiiiiiiii menyibuk je kau ni..detik perasaanku.
ehhhh segalanya dah habis? bila masa aku makan? buat-buat lupa pulak eh..cetttttt kenyang sudah..
okay kembali tidur.
Thursday, October 30, 2014
Exhibition of Photography -The City : Becoming And Decaying reached at Malaysia
Satu acara pameran sedang berlangsung di Galeri Petronas sekarang ini.
Pameran fotografi itu sedang bermula pada 23.09.2014 sehingga 02.11.2014. Institusi yang terlibat menjayakan pameran ini adalah GOETHE INSTITUT.
Description:
The City : Becoming and Decaying
The City is the origin of civilization, melting pot of cultures, mentalities, religions and ideas. Each day around the world almost 200,000 people are moving from countryside to the cities, looking for a better life, security, freedom, and prosperity. The City offers great chance, but also great risks for each individual: poverty, criminality and anonymity as well as blatant contrast which shape many megacities today. Although: The city is the future of the world, the place which determines how people will henceforth live together.
The 18 photographers of the German agency OSTKREUZ are on the guest for finding the urban realities of today: How are people living in Tokyo and Manila, Lago and Las Vegas, Berlin, Minsk and Gaza? Made up of overall 22 cities around the globe, the photographic essays - a once- only long-term project. Shown are cities as place of future hope, but also in a way in which the seem to perish under the waste and chaos. All pictures present as whole: the city of the future.
OSTKREUZ is the most significant German photo agency. Founded at the end of the GDR in East Berlin after the model of Magnum it hosts the most import contemporary German photographers. To its 20-year-anniversary OSTKREUZ members conceptualised and realised the exhibition " The City.Becoming and Decaying", Which is on an International tour since 2010.
information:
galeripetronas.com
www.ostkreuz.de
Tanjong Malim, 02:29pm
by: Miss Kiw1
Saturday, June 21, 2014
Miss Kiw1 Demam Teruk
Tuesday, April 29, 2014
percutian di Pulau Langkawi
percutian yang sangat dinantikan oleh semua orang.
miss kiw1 mencadangkan anda ke pulau Langkawi. sangat best bila anda pilih musim yang sesuai. pengalaman miss kiw1 ini akan dikongsikan dengan anda semua. jika anda pergi dengan bas,pilih la bas yang betul-betul tiba ke Kuala Perlis sebab jeti kuala perlis paling dekat dengan Pulau Langkawi.
harga tiket feri cuma berharga RM 18. sehala ye. kalau nak pergi balik pun boleh .pandai-pandai la anda tempah tiket. kebiasaannya, pelancong yang suka aktiviti air akan pilih lokasi ini. memang best dan menakjubkan. mereka ada sukan bermotor dan payung terjun. syok wooo.
harga pun boleh tahan kerana sangat berpatutan. penginapan pula cari yang lebih menjimatkan. nama pun travel. tak perlu mahal-mahal. sebab anda jarang duduk dibilik penginapan. sangat rugi apabila sewa mahal.
miss kiw1 malas nak cerita panjang. anda boleh pergi sendiri .anda patut melihat sendiri keindahan alam dan boleh shopping chocolate.
Sunday, March 9, 2014
Pesawat MH370 hilang dari radar
Semalam sewaktu miss kiw1 layan karenah customer, miss kiw1 terpandang skrin tv. sangat mengejutkan apabila pesawat Malaysia Airlines milik negara Malaysia telah 'hilang'. pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing tetapi tak dapat dikesan. apa yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu. Sama-sama kita memohon petunjuk dariNya. Semoga semuanya selamat. Amin. #prayforMH370.
Friday, February 14, 2014
Tentatif menarik bagi peminat BUKU Tahun 2014
Hari ini miss kiw1 menerima whatsApp dari sahabat sekolah . Dan sangat tidak best apabila line internet atau wifi tak cukup kuat untuk download gambar. dan akhirnya dapat juga aku melihat maklumat tu..
memang best sebab banyak pesta buku akan diadakan dalam masa yang terdekat ni. tak percaya??\
nah tengok ni:
Thursday, February 6, 2014
berjogging di tasek
Wednesday, January 22, 2014
fakta Tentang Senyuman
- FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN
1.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2.Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3.Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6.“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11.Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13.Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14.Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Tuesday, January 21, 2014
collagen atau makanan tambahan
memang terlambat sangat miss kiw1 nak update pasal entri collegan atau makanan tambahan. lambakan produk berasaskan makanan tambahan sangat popular dalam kalangan masyarakat tempatan. kat Malaysia sekarang trend nak memutihkan muka , tegang, dan awet muda berleluasa. sana-sini kita boleh lihat masyarakat sekarang mempunyai muka yang tegang bagi golongan yang lanjut usia. tidak salah untuk menegangkan atau mencantikkan wajah.