Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

collagen atau makanan tambahan

 
Sekadar Gambar Hiasan
 
memang terlambat sangat miss kiw1 nak update pasal entri collegan atau makanan tambahan. lambakan produk berasaskan makanan tambahan sangat popular dalam kalangan masyarakat tempatan. kat Malaysia sekarang trend nak memutihkan muka , tegang, dan awet muda berleluasa. sana-sini kita boleh lihat masyarakat sekarang mempunyai muka yang tegang bagi golongan yang lanjut usia. tidak salah untuk menegangkan atau mencantikkan wajah.

Thursday, December 5, 2013

Rambut Gugur ohooiii

Bissmillahirahmanirrahim..

Rambut oh rambut keguguran lagi..
mula-mula sehelai demi sehelai bertaburan atas lantai
mungkin sebab miss kiw1 biarkan rambut masih basah dibaluti dengan serkup.. habis nak buat macam mana dah terlambat.. tapi miss kiw1 akan keringkan sedikit rambut dengan kain. kalau nak ok lagi anginkan dengan kipas baru rambut kekal lurus dan licin..

tapi satu masalah ni je miss kiw1 tak dapat nak selesaikan iaitu rambut gugur dan kelemumur..
dah cuba pakai sabun shampoo pantene anti-dandruf tapi kelemumur je hilang. rambut gugur pula muncul.
bila pakai shampoo khas untuk rambut gugur..kelemumur pula muncul.

mungkin salah satu faktor rambut miss kiw1 ni gugur disebabkan oleh faktor pemakanan. sebab miss kiw1 ni jarang stress.. tekanan alhamdulillah dapat diatasi dengan selalu berfikiran positif dan selalu redha akan ketentuan Ilahi..tenang hati. muka pun nampak muda. alhamdulillah.

baik..dalam pemakanan tadi kita kena kurangkan pengambilan ajinomoto. dan sebarang perasa tambahan dalam pemakanan kita. sebab itu, jika kita selalu makan kat luar kita akan perasan rambut kita kerap gugur walaupun kita tak stress..haaaa betul tau. sebab miss kiw1 selalu makan luar tu yang tahu..

seperkara lagi..jari kita ni jangan selalu main tarik-tarik rambut. sebab tu akar rambut kepala tak kuat dan peluang untuk rambut gugur itu sangat cerah..

*_^ ok selamat beramal..jom lihat rambut kita///

Wednesday, June 19, 2013

Jerebu di Batu Pahat

kawasan penggaram

ada perbezaan atau tidak??
semakin berkurang atau bertambah?

bagi yang berada luar kawasan batu pahat, berfikir terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung masing-masing. mencegah lebih baik dari mengubati.

simpan mask di dalam beg sebagai persediaan menghadapi jerebu.
jaga kesihatan masing-masing k.

kredit picture to ira sharida

tanda-tanda sekiranya anggota badan tidak sihat

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis


sumber : zainowawi bin izani

Monday, April 29, 2013

6 kebaikan Mandi Subuh


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit…
sumber :myberita

Saturday, June 16, 2012

Jerebu Menyerang Malaysia


hukkk hukkk hukk...sakit dada rasa miss kiw1 apabila menghidu udara yang kurang segar di Malaysia ni. Lokasi Miss kiw1 berada berhampiran dengan Ibu Negara, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur terjejas teruk dengan perubahan udara  yang sangat kotor, tempias dari udara kemarau di Indonesia. Sabak Bernam juga begitu, udara tidak segar walaupun kenderaan sudah mula menyusur keluar daripada kawasan kediaman pelajar. Seakan-akan udara berhabuk.  

Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan perlu diambil oleh anda semua semasa jerebu sedang berlaku :

1- Tutup Tingkap supaya udara kotor tidak memasuki kediaman anda.




2-  Pakai topeng atau mask semasa keluar menaiki motorsikal, macam miss kiw1 pakai ni,


3- Minum air masak sebolehnya 9 gelas sehari.supaya badan kita memiliki kandungan air dalam badan yang mencukupi.


4- Makan sayuran segar supaya khasiatnya dapat diserap dalam badan. Badan yang sihat kekalkan ketahanan badan untuk melakukan pelbagai aktiviti.


5. Tidak lupa juga buah-buahan. Khasiat buah-buahan juga membantu memberikan kesegaran kepada tubuh badan kita. Jadi makanlah sekurang-kurangnya 3 jenis buah-buahan sehari. ^__^




(^______^)/"'/

Selamat Mencuba dan Jaga Kesihatan Ya.









Monday, December 6, 2010

AWAS perut punca segala penyakit

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)


 sumber: tripod

Amalan Diet Yang BEST !

1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai... 

Tips Penjagaan Kesihatan : JOM LAKUKAN !!


Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb
2001
- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Sebab :
- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

sumber: tripod

Khasiat Buah Pala : elak insomnia !!



NATIONAL Science and Technology Authority dalam buku Guidebook on the Proper Use of Medical Plant menjelaskan buah pala mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat untuk kesihatan.
Lebih menarik peranan bahan tersebut dikatakan cukup ampuh untuk mengatasi rasa mual, masalah muntah, insomnia, kekejangan dan sakit sendi.
EKSTRA: Penyelidik dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat, Dr. Peggy Mason, memberitahu coklat mampu merangsang sistem otak yang mengawal bahagian sedar individu yang dapat mengurangkan rasa sakit. Kandungan favanols dan flavanolds yang terdapat dalam coklat juga membantu mencegah penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi serta jantung.
Hutang punca gemuk
KAJIAN oleh pakar Jerman mendapati individu yang gagal melunaskan hutang mereka dalam tempoh yang ditetapkan berisiko sehingga dua kali ganda untuk mengalami kegemukan.
Ketua penyelidik, Eva Muenster dari Universiti Mainz membuat kesimpulan itu hasil penyelidikan ke atas 949 responden.
Kesemua responden itu ialah individu yang mendapat khidmat kaunseling berhubung hutang yang mereka tanggung.
Eva kemudian membandingkan keputusan tersebut dengan individu yang bebas hutang. Hasilnya, 11 peratus responden yang mempunyai banyak hutang mengalami obesiti berbanding 25 peratus responden yang bebas hutang.
Malah, 11 peratus responden tadi akan menghadapi masalah psikologi dan akan makan dalam kuantiti yang banyak untuk mengurangkan tekanan.
EKSTRA: Kajian Leningrad Scientific Conference mendapati sarang lebah propolis kaya dengan vitamin A dan B2. Ia juga mengandungi semua vitamin (kecuali vitamin K) dan 14 jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ahli kimia Britain, Prof. Arnold Buckett pula menjelaskan sarang lebah memiliki banyak khasiat lain eperti antikulat, antibakteria dan antivirus.
sumber: kosmo

Saturday, November 13, 2010

biskut oreo dan susu anlene

               
               susu anlene


yummy...sedap kan nampak biskut oreo ni.. hahahh... aku ngah makan biskut ni..dan sambil tu buat juga susu anlene ni. hehe nak cecah biskut orea cam dalam iklan biskut oreo tu..
YUMMYYYYY


hahah ..miss kiwi ni walaupun suka makan kiwi tapi sekali-sekala makan juga biskut oreo dan minum susu
susu berkhasiat untuk tulang anda tauu...sunggu berkhasiat ada kandungan kalsium,,,

hah..lagi best jadikan biskut oreo ni sebagai sajian minum petang anda..
anak-anak anda tu pas tu suka bebenor..hahahha
.
.
.
.
.
.
.
.
.


jemput minum petang bersama saya k....

YOKKKKK>>.<<<

Friday, November 12, 2010

kempen kemasyarakatan oleh MBG Fruitshop

sumber daripada kosmo

DIET BUAH JAUHI PENYAKIT,

fakta telah mengatakan bahawa pada  tahun 2005, 17.5 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Angka tersebut mencerminkan 30 peratus daripada kematian global. Kajian menunjukkan, pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikaitkan dengan pengurangan 17 peratus penyakit jantung koronari.


Hal ini turut disokong oleh, Pakar Diet Klinikal Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing memberitahu, pemakanan yang baik adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan kesihatan.


justeru itu kawan-kawan moh la kita jalani hidup sihat mulai hari ini.. YAIYYYY
mari kita bersenam  10 minit setiap hari pon tak pe..janji jantung anda sihat sentiasa..


kempen tersebut baru sahaja berlangsung di Jaya 33, Petaling Jaya.. 


* tips tu menarik tau,, penulis sendiri pon suka makan buah-buahan ..kat kampung banyak tanam pokok buah..  lime, plum, betik, pisang.. yummyyy.. boleh bt yogurtt...abstrak drpd buahan tempatan pon syokkkk..!!
saya sudah mula, ANDA bila lagi??









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...