estetik Aquamarine Stone
Aquamarine Stone
,inilah aquamarine stone yang menjadi idaman hati Misskiw1.sinaran yang terpancar melalui batuan ini buatkan mata Miss kiw1 bersinar-sinar ...cehhhhhh hahaha sebelum tengok kena pakai cermin mata hitam supaya pancaran cahayanya tak menyilaukan mata.. sangat berseni dan indah sekali. inilah syurga dunia.
hanya mampu dilihat tetapi tak mampu untuk dimiliki. Percaya atau tidak Gemstone ini hanya terdapat di beberapa buah negara sahaja seperti Colombia, Madagascar, Sri Lanka, Pakistan, India, Russia dan Brazil. fuyohhhh.. memang terbaiklah.
Batu ini mempunyai maksud yang tersendiri tau.. haaa nak tau ke?
masyarakat dari Sumerians, Hebrews dan Egyptians kebanyakkannya memiliki Aquamarine Stone sabagai lambang keremajaan kekal dan kebahagiaan. ooooohhh macam tu rupanya. itulah yang menariknya batu ini.. yang pastinya hanya mampu dimiliki golongan kaya.
selain itu, Aquamarine Stone dipercayai sebagai aura positif kepada si pemakai. belek punya belek rupanya banyak maksud yang merujuk kepada Aquamarine. selebriti luar negara seperti Catherine Zeta Jones and Michael Douglas menganggap batu ini mampu memanjangkan usia dan kebahagian perkahwinan mereka. Sampai macam tu sekali kepercayaan mereka kepada batu.
estetik ini hanyalah dari luaran sahaja, tetapi apabila sampai melepaskan keyakinan kepada selain-Nya. memang tidak masuk akal. boleh goyah aqidah. semoga dijauhkan dari perasaan begitu.
bila dah jadi cincin cantiknya
sweetnya,,, @_@
lagi cantik bila batu ni jadi tasbih... hehe
warna Aquamarine yang menggamit bulan March.
baiklah ini sahaja artikal yang sempat Miss Kiw1 kongsikan kepada semua... next articals about love ^_^
jumpa lagi.