Tuesday, July 14, 2015

Lagu Paling Berhantu Di Malaysia




Senarai Lagu Paling Berhantu

#1 sudirman
Dari jauh kupohon maaf

#2 Aishah
Pulanglah

#3Mamat
Ku Pohon Restu

#4Aman Syah
Kepulangan Yang Dinanti

#5 Azlina Aziz
Indahnya Beraya Di Desa

#6 P. Ramlee
Dendang Perantau

Sunday, April 19, 2015

Terlepas perlawanan Manchester United Vs Chelsea 18 April 2015 !!


arghhhhh miss kiw1 terlepas perlawanan Man united malam tadi sebab tengok perlawanan JDT VS Kelantan. kenapa?? kenapa boleh kalah ni?? malu Miss Kiw1 dengan team Chelsea... apa-apa pun mari layan highlight perlawanan antara kedua team ni di youtube je. heeeee layannnn.

Sunday, March 1, 2015

Bulan Mac dimiliki oleh Aquamarine GemStone

Lama Miss Kiw1 tidak mengeluarkan artikal terkini. Tetapi yang menariknya artikal ini berkaitan dengan jiwa dan nilai estetik dalam diri manusia. siapa yang menjadi fokus? semestinya manusia yang berminat dengan kolektor perhiasan rumah, barang kemas dan batu-batuan. Sesungguhnya mereka ini mempunyai jiwa yang sangat halus.. bak kata selebriti Harith Iskander dalam iklan Nescafe.. Halus Je. sambil merujuk kepada rambut. hehehehe memang trademark yang sangat-sangat menjadi

estetik Aquamarine Stone

Aquamarine Stone


,inilah aquamarine stone yang menjadi idaman hati Misskiw1.sinaran yang terpancar melalui batuan  ini buatkan mata Miss kiw1 bersinar-sinar ...cehhhhhh hahaha sebelum tengok kena pakai cermin mata hitam supaya pancaran cahayanya tak menyilaukan mata.. sangat berseni dan indah sekali. inilah syurga dunia. 

hanya mampu dilihat tetapi tak mampu untuk dimiliki. Percaya atau tidak Gemstone ini hanya terdapat di beberapa buah negara sahaja seperti Colombia, Madagascar, Sri Lanka, Pakistan, India, Russia dan Brazil. fuyohhhh..  memang terbaiklah.
Batu ini mempunyai maksud yang tersendiri tau.. haaa nak tau ke? 
masyarakat dari Sumerians, Hebrews dan Egyptians  kebanyakkannya memiliki Aquamarine Stone sabagai lambang keremajaan kekal dan kebahagiaan. ooooohhh  macam tu rupanya. itulah yang menariknya batu ini.. yang pastinya hanya mampu dimiliki golongan kaya.
selain itu, Aquamarine Stone dipercayai sebagai aura positif kepada si pemakai. belek punya belek rupanya banyak maksud yang merujuk kepada Aquamarine.  selebriti luar negara seperti   Catherine Zeta Jones and Michael Douglas menganggap batu ini mampu memanjangkan usia  dan kebahagian perkahwinan mereka. Sampai macam tu sekali kepercayaan mereka kepada batu.  

estetik ini hanyalah dari luaran sahaja, tetapi apabila sampai melepaskan keyakinan kepada selain-Nya. memang tidak masuk akal. boleh goyah aqidah. semoga dijauhkan dari perasaan begitu. 

bila dah jadi cincin  cantiknya

sweetnya,,, @_@




lagi cantik bila batu ni jadi tasbih... hehe


warna Aquamarine yang menggamit bulan March.  

baiklah ini sahaja artikal yang sempat Miss Kiw1 kongsikan kepada semua... next articals about  love ^_^
jumpa lagi.

Monday, November 3, 2014

Biskut Marie Dan Susu

5:07 p.m Monday
Tanjong Malim

"waaaaaaa! petang begini harusnya buat apa yaa"?? lalu aku terpandang cawan limited edition Coca Cola hadiah dari sahabatku.. "Slurppppp", aku terbayangkan susu jenama Gooday dalam peti ais. tidak menunggu lama aku pun dengan berlari gaya pelari watson zuppppppp 3saat aku berlari... yeahhhh ! aku menang juga..detik hatiku.. ini hanyalah cara aku bergurau dengan tubuh aku sendiri.

"kahkahkahkah" gelak aku sendirian..  tuang susu dalam gelas khas tu beb.. memang selalu aku buat. Cehhhhhhh baru nak kasi tau. sampai je dalam bilik aku terpandai Biskut Marie cap Ping Pong.. krakkkk Krukkkkk krakkkkk... pehh sedap seh makan biskut ni.. cecah susu lagi kan. nak poyo sendiri.. biskut ni perisa kopi.. bertukar warna air susu ni jadi coklat. sebab hitam campur putih jadinya coklat bukan???

kruppp kruppp sedapnya sambil baca buku "what A Girl Want" ... huh nak buku orang putih.. buku orang coklat tiada ke aku nak baca?? eiiiiiiiiiii menyibuk je kau ni..detik perasaanku.

ehhhh segalanya dah habis? bila masa aku makan? buat-buat lupa pulak eh..cetttttt kenyang sudah..
okay kembali tidur.

Thursday, October 30, 2014

Exhibition of Photography -The City : Becoming And Decaying reached at Malaysia







Satu acara pameran sedang berlangsung di Galeri Petronas sekarang ini.
 Pameran  fotografi itu sedang bermula pada 23.09.2014 sehingga 02.11.2014. Institusi yang terlibat menjayakan pameran ini adalah GOETHE INSTITUT.

18 Artist in The Exhibition 

Maurice Weiss
Thomas Meyer
Frank Schinski
Espen Eichhofer
Pepa Hristova
Jordis Antonia Schosser 
Harald Hauswald 
Linn Schroder
Dawin Meckel
Ute + Werner Mahler
Andrej Krementschouk
Julian Roder
Anne Schonharting
Heinrich Volkel
Sibylle Bergemann
Jorg Bruggemann
Annette Hauschild


Description:

The City : Becoming and Decaying

The City is the origin of civilization, melting pot of cultures, mentalities, religions and ideas. Each day around the world almost 200,000 people are moving from countryside to the cities, looking for a better life, security, freedom, and prosperity. The City offers  great chance, but also great risks for each individual: poverty, criminality and anonymity as well as blatant contrast which shape many megacities today. Although: The city is the future of the world, the place which determines how people will henceforth live together.

The 18 photographers of the German agency OSTKREUZ are on the guest for finding the urban realities of today: How are people living in Tokyo and Manila, Lago and Las Vegas, Berlin, Minsk and Gaza? Made up of overall 22 cities around the globe, the photographic essays - a once- only long-term project. Shown are cities as place of future hope, but also in a way in which the seem to perish under the waste and chaos. All pictures present as whole: the city of the future.

OSTKREUZ is the most significant German photo agency. Founded at the end of the GDR in East Berlin after the model of Magnum it hosts the most import contemporary German photographers. To its 20-year-anniversary OSTKREUZ members conceptualised and realised the exhibition " The City.Becoming and Decaying", Which is on an International tour since 2010.

information:
galeripetronas.com
www.ostkreuz.de



Tanjong Malim,  02:29pm
 by: Miss Kiw1


Saturday, June 21, 2014

Miss Kiw1 Demam Teruk



Bissmillah pembuka bicara.

Miss Kiw1 mengalami demam yang sangat teruk.. hari pertama Miss Kiw1 hanya mengalami batuk sahaja, selang beberapa jam Miss Kiw1 mengalami bersin.. oh Tidak !! inikah petanda Miss kiw1 akan demam??
pada malamnya selepas pulang dari kerja. Miss batuk tidak berhenti2.. kebetulan pula miss kiw1 kehabisan air mineral. miss kiw1 cuma sapu minyak balm CNI je la. kesian pula  tengok diri ni. memang kena pantang makan makanan berminyak la jawabnya. huk huk huk

cuaca sekarang sangat panas.. bertambah pula dengan Malaysia mengalami El-Nino. yakni kemarau yang berpanjangan. kemarau sedang berlaku sekarang. 


gambar rajah di atas tu sebagai penerangan kepada anda tentang fenomena El-Nino ini. sebagai langkah berjaga-jaga, Miss Kiw1 banyak juga minum air. Air mineral tau. Air sejuk tak minum dah walaupun hati ni dah memberontak nak makan aiskrim dan minum ais. huhu sabarlah wahai hati.  sengal-sengal badan pon dah kurang. Pengambilan jus buah amat digalakkan. supaya badan anda cepat sihat. buah yang paling sesuai untuk di ambil ketika demam ni ialah buah : 
tadaaa Buah kelapa. sangat bagus untuk menurunkan suhu badan.
sebelum minum baca selawat ke atas Nabi Muhammad dan minum. 






Tuesday, April 29, 2014

percutian di Pulau Langkawi

percutian yang sangat dinantikan oleh semua orang.
miss kiw1 mencadangkan anda ke pulau Langkawi. sangat best bila anda pilih musim yang sesuai. pengalaman miss kiw1 ini akan dikongsikan dengan anda semua. jika anda pergi dengan bas,pilih la bas yang betul-betul tiba ke Kuala Perlis sebab jeti kuala perlis paling dekat dengan Pulau Langkawi.

harga tiket feri cuma berharga RM 18. sehala ye. kalau nak pergi balik pun boleh .pandai-pandai la anda tempah tiket. kebiasaannya, pelancong yang suka aktiviti air akan pilih lokasi ini. memang best dan menakjubkan. mereka ada sukan bermotor dan payung terjun. syok wooo.

harga pun boleh tahan kerana sangat berpatutan. penginapan pula cari yang lebih menjimatkan. nama pun travel. tak perlu mahal-mahal. sebab anda jarang duduk dibilik penginapan. sangat rugi apabila sewa mahal.

miss kiw1 malas nak cerita panjang. anda boleh pergi sendiri .anda patut melihat sendiri keindahan alam dan boleh shopping chocolate.

Sunday, March 9, 2014

Pesawat MH370 hilang dari radar

Semalam sewaktu miss kiw1 layan karenah customer, miss kiw1 terpandang skrin tv. sangat mengejutkan apabila pesawat Malaysia Airlines milik negara Malaysia telah 'hilang'.  pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing tetapi tak dapat dikesan. apa yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu. Sama-sama kita memohon petunjuk dariNya. Semoga semuanya selamat. Amin. #prayforMH370.

Friday, February 14, 2014

Tentatif menarik bagi peminat BUKU Tahun 2014


Hari ini miss kiw1 menerima whatsApp dari sahabat sekolah . Dan sangat tidak best apabila line internet atau wifi tak cukup kuat untuk download gambar. dan akhirnya dapat juga aku melihat maklumat tu..
memang best sebab banyak pesta buku akan diadakan dalam masa yang terdekat ni. tak percaya??\

nah tengok ni:


haa kau.. rambang biji mata !


jadi bagi sesiapa yang berminat nak pergi ke pesta buku boleh singgah ye.. tak rugi pergi. sambil cuci mata dapat juga ilmu pengetahuan dengan membeli buku ilmiah. luar permandangan luas pengetahuan bukan.??

baik lah bertemu lagi di lain hari bersama Miss Kiw1 okay.
assalamualaikum.. ^____________^


Thursday, February 6, 2014

berjogging di tasek

miss kiw1 selepas berjoging.

hai semua.. miss kiw1 baru lepas jogging. sempat ambil gambar sendiri. miss kiw1 jogging di tasek kat kawasan Tanjong Malim. keluasan tasek ini seluas padang bola sepak dan miss kiw1 berjaya membuat larian sebanyak 2 pusingan je. alahai.. nak lari lagi tapi ramai sangat pengunjung duduk kat kiri kanan. segan pula nak berlari.  

tap sekurang-kurangnya miss kiw1 ambil masa 30  minit hari ini. 

nak beat orang lain pun tak lepas. kena joging seorang diri baru dapat 5 round. ^__^

kat bawah ni merupakan lokasi tempat miss kiw1 jogging. nama tasek ni ialah Tasek Proton City. memang popular tempat beriadah ni.  kat sebelah hujung ada orang jual aiskrim.. hahahaha lepas jogging kita makan aiskrim pula. selamat lemak kat badan ni dah berkurang. yeahh jom kita jaga kesihatan.. 

~badan sihat minda cergas~

tasek cantik kan?tasek buatan manusia




Wednesday, January 22, 2014

fakta Tentang Senyuman

smile like me ^__^

- FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN

1.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2.Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3.Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6.“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11.Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13.Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14.Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Tuesday, January 21, 2014

collagen atau makanan tambahan

 
Sekadar Gambar Hiasan
 
memang terlambat sangat miss kiw1 nak update pasal entri collegan atau makanan tambahan. lambakan produk berasaskan makanan tambahan sangat popular dalam kalangan masyarakat tempatan. kat Malaysia sekarang trend nak memutihkan muka , tegang, dan awet muda berleluasa. sana-sini kita boleh lihat masyarakat sekarang mempunyai muka yang tegang bagi golongan yang lanjut usia. tidak salah untuk menegangkan atau mencantikkan wajah.

Thursday, January 16, 2014

Jam untuk Kesihatan

brand Adidas baru je berada dalam pasaran sejak december 2013

teknologi zaman 2014 kini melonjak dengan kemunculan jam untuk para pesukan atau yang aktif dalam bersukan. ciri-ciri bagi jam tangan ini adalah membolehkan penggunanya mengesan tahap kelajuan larian mereka setiap hari. WOW ! 

rekaan jam tangan Adidas ni sangat canggih kan? aku gelarkan sebagai ergonomik.  fungsi jam ni berbeza namun masih berfokus kepada aksesori kesihatan je. nak beli??
jom dapatkan di Booth Adidas berdekatan anda. YEAH !!


model di atas dah pakai..anda bila lagi?


Tuesday, January 14, 2014

Musim Buah Duku


musim Buah duku di Senggarang, Batu Pahat

Gambar kat atas ni merupakan sebuah pokok Duku yang tertanam kat halaman rumah mak ayah miss kiw1. 
well baru tahun ni buah duku pokok ni tumbuh. waaa pertama kali miss kiw1 dapat rasa dari pokok ni.
al-maklumlah pohon kat rumah sendiri tak sama dengan pohon kat rumah orang lain . tak gitu.

pertama kali merasa ...muka aku terus berubah, kenapa???
sebab MASAM.. ok masam sebab belum ranum sepenuhnya..
hihi tapi miss kiw1 sempat bawak balik perak satu beg plastik
woaaaa sedap tau

Buah pulasan pon bawak sekali..yeah.fevret.. untungnya berbudi dengan tanah kan. dapat hasilnya.
*_^

Thursday, December 5, 2013

Rambut Gugur ohooiii

Bissmillahirahmanirrahim..

Rambut oh rambut keguguran lagi..
mula-mula sehelai demi sehelai bertaburan atas lantai
mungkin sebab miss kiw1 biarkan rambut masih basah dibaluti dengan serkup.. habis nak buat macam mana dah terlambat.. tapi miss kiw1 akan keringkan sedikit rambut dengan kain. kalau nak ok lagi anginkan dengan kipas baru rambut kekal lurus dan licin..

tapi satu masalah ni je miss kiw1 tak dapat nak selesaikan iaitu rambut gugur dan kelemumur..
dah cuba pakai sabun shampoo pantene anti-dandruf tapi kelemumur je hilang. rambut gugur pula muncul.
bila pakai shampoo khas untuk rambut gugur..kelemumur pula muncul.

mungkin salah satu faktor rambut miss kiw1 ni gugur disebabkan oleh faktor pemakanan. sebab miss kiw1 ni jarang stress.. tekanan alhamdulillah dapat diatasi dengan selalu berfikiran positif dan selalu redha akan ketentuan Ilahi..tenang hati. muka pun nampak muda. alhamdulillah.

baik..dalam pemakanan tadi kita kena kurangkan pengambilan ajinomoto. dan sebarang perasa tambahan dalam pemakanan kita. sebab itu, jika kita selalu makan kat luar kita akan perasan rambut kita kerap gugur walaupun kita tak stress..haaaa betul tau. sebab miss kiw1 selalu makan luar tu yang tahu..

seperkara lagi..jari kita ni jangan selalu main tarik-tarik rambut. sebab tu akar rambut kepala tak kuat dan peluang untuk rambut gugur itu sangat cerah..

*_^ ok selamat beramal..jom lihat rambut kita///

Saturday, November 30, 2013

hama menyerang imuniti miss kiw1 !!

miss kiw1 diserang penyakit alahan hama yang sangat serius..tak pernah berlaku sebelum ni dalam hidup miss kiw1.. gatal-gatal satu badan. timbul bintik-bintik merah..
langkah yang miss kiw1 ambil ialah :

1- pergi klinik
masa pergi klinik miss kiw1 postpone 2hari sebab tak ada pengangkutan. minta tolong kawan yang ada motor. pergi punya pergi sampaikan  miss kiw1 tertinggal kad ic..akhirnya terpaksa pakai kad matrik. untuk ambil no ic sahaja..darurat sangat..nak patah balik malas, ye laaa dah gatal sangat.
dr. check bintik kat badan..die cakap kena gigit dengan binatang !!!!!!!! binatang?? apa tu??
fikir punya fikir..dr sebut hama !! baik..badan aku memang alahan hama dan sebarang habuk sama ada habuk kayu atau habuk asap .  tapi ni dah teruk sangat..
dr bagi ubat sapu(racun) untuk hilangkan bintik. dapat ubat pil alergik dan ubat gatal..hehe

2. basuh semua cadar dan baju yang baru sekali pakai.
disiplin pula miss kiw1 sekarang .tak boleh dah pakai baju 2kali sekarang ni..walaupun seluar pun. baik miss kiw1 pun buat macam tu setiap hari.. sampai 2minggu..rasa gatal dah hilang. yela ikut tertib makan ubat. lepas tu.. sapu ubat krim.. (tak suka bau ubat)

3. cuci tangan dengan sabun setiap kali tangan kotor
rutin miss kiw1 sekarang rajin cuci tangan dengan sabun,..sabun wangi.hehe  nak elakkan kuman tersebar.. basuh..dan kerap mandi setiap hari.. rasa lega..

4. tahan tangan daripada menggaru.
bila tak ada daya tahan..mungkin badan miss kiw1 penuh dengan parut..dari hujung rambut sampai hujung kaki..tapi alhamdulillah berkat tahan tangan daripada menggaru..bintik kat badan ni cepat surut..kalau tak dah hilang tempat lama tumbuh kat tempat baru...seksa rasa.. tapi ada hikmah.. sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kan.

5. mandi dengan air suam-suam sederhana panas..
dah jadi macam orang putih pulak miss kiw1 ni. mandi dengan air panas.. air panas tu miss kiw1 buat cucikan badan..sambil tu boleh bunuh kuman kat badan... tahan je lah badan kena siram dengan air panas. tapi lega tak ada rasa gatal lagi..
syukur alhamdulillah..

Wednesday, September 25, 2013

Bahaya Penyakit Resdung

bissmillahirrahmanirrahim. kelmarin miss kiw1 dapat tahu bos terkena penyakit resdung. penyakit itu dapat dikesan setelah pergi ke hospital. bos kiw1 mendapat tanda-tanda awal seperti sakit kepala, sukar untuk tidur dan masalah penglihatan yang sangat teruk.  Ia juga memberi kesan kepada profesion kerjaya kerana sukar untuk berkomunikasi, perbincangan, dan membuat sebarang kerja.

justeru itu, setelah pemeriksaan terhadap otak, dan mata, dan seterusnya hidung. doktor suspek bos terkena penyakit resdung yang sangat teruk. miss kiw1 ingatkan cuma perkara biasa. tapi bos bagitau resdung tu boleh menjadi bernanah. mungkin jangkitan kuman yang sangat serius. kesian bos.

kepada sesiapa di luar sana yang memiliki penyakit ini ambillah langkah berjaga-jaga. pastikan kesihatan dijaga dan ketika terkena sebarang penyakit rawat lah. pemakanan dikawal. sebarang pantang larang dalam pemakanan mesti konsisten. mungkin ada nafsu nak makan sangat kawallah sebelum melarat. memang rugi tak makan.tapi elakkan. mencegah lebih baik daripada merawat.

nasihat ini untuk kebaikan kita semua. saya doakan anda dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa.amin.

Wednesday, June 19, 2013

Jerebu di Batu Pahat

kawasan penggaram

ada perbezaan atau tidak??
semakin berkurang atau bertambah?

bagi yang berada luar kawasan batu pahat, berfikir terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung masing-masing. mencegah lebih baik dari mengubati.

simpan mask di dalam beg sebagai persediaan menghadapi jerebu.
jaga kesihatan masing-masing k.

kredit picture to ira sharida

tanda-tanda sekiranya anggota badan tidak sihat

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis


sumber : zainowawi bin izani

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...