Monday, June 11, 2012

Aksi Pelumba Motor Padang Pasir Mengerikan


Bagi yang sedang mengandung dilarang melihatnya takut terkenan pula anak perut. Macam-macam la dunia sekarang. seperti nak bunuh diri pun ada. lokasinya di Brazil. 
selamat menonton.

Semut Berehat bersama Kit Kat

Awas !! berhati-hati jika melihat gambar ini. Jika tidak anda akan terpukau.  !! Yeahhh Rock Kapak ! kehkehkeh

Dibawah ini merupakan gambar aksi Sang Semut bersama Kit Kat. Tak Percaya Meh tengok.

Musim Buah-Buahan di Tanjong Malim



Awal bulan jun 2012, tanjong malim dihujani buah-buahan tempatan yang berlimpangan di sepanjang jalan. cehh.. sekarang musim buah oiii. meh la datang utara. semua ada, buah durian, buah, manggis. dua jenis yang aku nampak. Musang king pon ada jugak.


 

lihattt...lihattt ke dalam isi buah durian jenis musang king,,nyumm nyumm kat Senggarang pon buah durian kat pokok entah dah gugur ke belum.. aihh. rindunya nak balik kampung. kat sini pun aku belum mampu nak beli durian lagi. dalam poket ada 20 ja. tak cukup. tak apa sabar itu kan separuh daripada iman. orang tua-tua cakap dapat bau pun cukup buat kita kenyang kan. Tak ada ke yang nak belanja seulas durian?? hehe miss kiw1 bergurau je.. ada rezeki ada la.

tak boleh lupa aku teringat cerita upin ipin kawannya badrul nak panjat pokok durian, hahaha sampaikan ditegur orang bandar tak kan lah tak tau kena tunggu buah durian gugur.keh keh keh. ada mesej di situ ya anak-anak sekalian. 

*selamat menjamu durian, miss kiw1 nak nasihatkan jangan makan malam2 kang tak boleh tidur pulak. selamat malam semua.jangan lupa ambil wuduk sebelum tidur.assalamualaikum.





Sunday, June 10, 2012

IMAM AL-GHAZALI - PESANAN KEPADA ANAK PEREMPUANNYA DI HARI PERKAHWINANNYA



IMAM AL-GHAZALI
PeSaNaN KePaDa aNaK PeReMPuaNnYa Di HaRi PeRKaHWiNaNnYa 

Anakku! Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.......
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu, Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadilah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya.....
Dengan cara demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau,
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah,


Makanan Untuk Pesakit Demam


Post hari ini menjurus kepada kesihatan. Miss Kiw1 demam hari ini disebabkan terkena hujan sewaktu pulang daripada Studio Catan UPSI. Tanjong Malim dilanda angin kuat, sampaikan tong sampah pon boleh jatuh.(kuasa kebesaran Allah).



Monday, June 4, 2012

Party for ShaNoEd

semalam Rumah 32, Taman Bahtera telah merancang sesuatu yang tidak disangka sampaikan ShaNoEd berasa terharu, keh keh keh mana tidaknya, depa ingatkan makan untuk biasa-biasa sahaja tetapi Hanina sebagai perancang utama telah meminta kerjasama daripada aku supaya cancelkan pergi studio pada hari ahad iaitu semalam. aku apa lagi, paham dengan situasi itu terusan membuatkan si ShaNoEd terleka dengan dunianya. 


masing-masing buat muka penat, si Effadila baru pulang dari KL. membeli barangan dapur bersama Ely..masing-masing pandai berlakon selepas keluar daripada sangkar teater dan sangkar sketsa.keh keh keh. Menu makanan pada malam semalam ialah Steamboot. sangat sedap penangannya sambil dimakan bersama serbuk cili. berapi mulut aku. macam ni.




terukkan..ada tapi lagi tapi SEDAPPPP. .terima kasih memasakkan makanan yang sangat sedap. ada dua periuk tu.. acara dimulai dengan bacaan doa makan, upacara melantak, seterusnya upacara dedikasi ucapan daripada teman serumah ShaNoEd kepada ShaNoEd. alamak..aku tak ambil pula gambar beliau menangis disebabkan terharu dengan ucapan yang memang boleh buat sesiapa mendengarnya menangis. T_T. aku pun faham perasaan mereka semua.  aku bersama ShaNoEd daripada semester 1 sampai semester ini. cukup aku kenal perangai beliau luar dan dalam.  pejam celik dah nak sampai ke penghujungnya. apa yang pasti selepas ini dunia aku sunyi tanpa beliau untuk bergelak ketawa, untuk memuli beliau lagi. tapi paling best aku dapat buat beliau jadi sihat. Alhamdulillah.  (ShaNoEd jangan marah eh..)keh keh keh. 


apa-apapun ada sambunganya------^__^ tunggu.

Friday, June 1, 2012

My Painting part 2

Bissmillahirrahmanirrahim. syukur ke hadrat Allah aku dapat siapkan painting ini walaupun aku masih belum berpuas hati. Esok tarikh akhir dan pensyarah ku hendak ambil markah. woooo letihnya rasa badan tetapi berbaloi. Aku hanya mampu tersenyum sahaja. senyum kan mampu menghilangkan stres.  esok aku akan datang studio catan semula untuk buat kerja kumpulan. 
*p/s : hayati karya saya dan letakkan bintang untuk karya saya pun boleh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...