Sunday, June 17, 2012

Rahsia Kurus




hai kawan-kawan semua. Miss kiw1 nak kongsi tip-tip nak kurus tau.  Nak tahu tak??
baiklah, kawan-kawan miss kiw1 semua tertanya-tanya macam mana miss kiw1 leh kekalkan bentuk badan sampai sekarang ni. Miss kiw1 beriitahu rahsianya.. Tapi tak tahu lah jika mereka semua hendak ikut atau tak. Jom baca dan amalkan bersama.

The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 Trailer


Selepas melihat trailer ini, miss kiw1 tak sabar rasanya nak tengok filem sambungan Breaking Dawn Part 2. Kena tunggu la jawabya sebab lama  lagi, selepas raya. 16 November ni. yeahhh. Tapi sedih la sebab tak dapat tengok breaking dawn part 1.  tengok trailer. je.. insyaAllah yang sekuel nak tengok juga... Ada sesiapa nak belanja melihat The Twilight Saga ni?? Jomm Jomm kita buat temu janji awal-awal eh.. kekekeke..

*selamat menonton

Saturday, June 16, 2012

Survivalism : Penghasilan Penyapu Kitar Semula




Tadi semasa Miss Kiw1 godeh laman sesawang, terjumpa imej ini. Sangat menarik dan Penguna boleh la tiru . Sangat Jimat dan kreatif, hanya menggunakan Botol plastik yang sudah tidak digunakan lagi. sangat menarik dan paling best COOL ! .

Selamat Mencuba Kawan-Kawan .

sumber : survivalism

Jerebu Menyerang Malaysia


hukkk hukkk hukk...sakit dada rasa miss kiw1 apabila menghidu udara yang kurang segar di Malaysia ni. Lokasi Miss kiw1 berada berhampiran dengan Ibu Negara, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur terjejas teruk dengan perubahan udara  yang sangat kotor, tempias dari udara kemarau di Indonesia. Sabak Bernam juga begitu, udara tidak segar walaupun kenderaan sudah mula menyusur keluar daripada kawasan kediaman pelajar. Seakan-akan udara berhabuk.  

Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan perlu diambil oleh anda semua semasa jerebu sedang berlaku :

1- Tutup Tingkap supaya udara kotor tidak memasuki kediaman anda.




2-  Pakai topeng atau mask semasa keluar menaiki motorsikal, macam miss kiw1 pakai ni,


3- Minum air masak sebolehnya 9 gelas sehari.supaya badan kita memiliki kandungan air dalam badan yang mencukupi.


4- Makan sayuran segar supaya khasiatnya dapat diserap dalam badan. Badan yang sihat kekalkan ketahanan badan untuk melakukan pelbagai aktiviti.


5. Tidak lupa juga buah-buahan. Khasiat buah-buahan juga membantu memberikan kesegaran kepada tubuh badan kita. Jadi makanlah sekurang-kurangnya 3 jenis buah-buahan sehari. ^__^




(^______^)/"'/

Selamat Mencuba dan Jaga Kesihatan Ya.









Friday, June 15, 2012

Perlawanan Bola France Vs Ukraine

  

16 jun 2012 ..sekarang berlangsungnya perlawanan bola Euro Cup antara France vs Ukraine.
Jadi Miss Kiw1 sediakan serba sedikit berkenaan Negara Perancis dan Negara Ukraine.

Wednesday, June 13, 2012

Durian Jatuh Bergolek Ala Hindustan


Tanggal 14 Jun 2012 pukul 1pagi, Miss Kiw1 dijemput rumah 32 untuk makan durian. Syukur rezeki. Josh telah belanja kami.. selonggok peniaga tepi jalan jual RM10. selonggok ada 3-4 biji. Miss Kiw1 lupa Miss kiw1 tak boleh makan durian banyak sangat, tetapi dengan tak ingat dunia miss kiw1 habiskan juga 3biji durian. berkongsi 4 orang. Cett ingatkan banyak sangat sebakul ke. tetapi baru 3biji. Pagi tadi bangun, badan Miss Kiw1 panas sangat walaupun dah minum air mineral setengah botol 1.5liter.  Pergi kerja kat pekan, muka dan badan masih rasa panas. domam pon lum baik lagi dah tambah bala. kesiann. sekurangnya, peluh badan keluar juga.  Tandanya Miss Kiw1 dah sihat sedikit. 


Lokasi Tanjong Malim, para peniaga banyak mendirikan payung di sepanjang jalan. memang untunglah. Tambahan lagi, pelajar Diploma sesi 2012 dah mendaftar masuk. Lagilah banyak untung, pandai depa cari lokasi yang strategik berhampiran kolej kediaman. Apa pon, Miss Kiw1 nasihatkan para peniaga sekalian jangan ambil kesempatan menjual dengan harga yang mahal dan produk jualan yang tak berkualiti. sikit-sikit busuk. 


* pilihan di tangan pengguna. 
*sesiapa yang terbaca entry ni jangan cemburu no sebab tak jemput sekali.hehe

Tuesday, June 12, 2012

Watak-Watak Pengguna di Facebook



Watak – Watak Pengguna Di Facebook
1. MODEL 
Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH 
Tukar nama setiap hari…

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS 
Namanya menggunakan simbol² sehingga menyusahkan kwn² nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh – 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN 
suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS 
Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM 
Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG 
Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-’

8. PERASAN HEBAT 
Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy ==”

9. BUDAK HINGUSAN 
Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?

10. SHOWOFF 
Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.

11. Budak Internet Laju

Setiap kali ada status baru di fanpage popular dia akan jadi orang pertama comment "1st"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...