Saturday, October 20, 2012

pengalaman terindah bersama anak muridku

kenangan bersama di ECM


Tanggal 19 oktober 2012 merupakan tarikh terakhir penulis menjalani latihan mengajar di SMKTPPTM, Kuantan, Pahang. Penulis berlatih mengajar matapelajaran pendidikan seni visual di 4 buah kelas iaitu kelas 4 gigih, 4 budiman, 2 gigih dan 2 budiman. Penulis bersyukur kerana Allah memberikan kenangan manis ketika mengajar di kelas tersebut. Remaja sekarang memang pelbagai karenah. tetapi dunia tentu sunyi jika tiada pelbagai ragam manusia. Melalui kepelbagaian kecerdasan mereka penulis belajar cara untuk memberikan mempelbagaikan kaedah mengajar supaya menarik perhatian mereka. itulah maksud belajar sepanjang hayat, penulis terpilih untuk belajar mengenal sikap pelajar sekolah. Sesungguhnya, ia sangat menyeronokkan untuk penulis belajar. sambil belajar untuk mengajar, penulis juga belajar untuk menyatukan hubungan silaturrahim sesama manusia di bumi SMKTPPTM ini.

kenangan bersama rakan seperjuangan dari Kampus sangat menggagumkan. dari situ penulis belajar berkawan dengan mereka  iaitu syafiqah, hajar, syikin, mas, fatehah, anwar dan lan.  kalian rakan yang sangat baik penulis kenali sepanjang 4bulan kita bersama. pahit dan manis sama-sama kita tempuhi.

buat anak-anak murid sulungku, 4gigih, 4 budi, 2budi dan 2 gigih. kalian sangat teristimewa. penulis berharap kalian akan terus berjuang menempuh peperiksaan besar pada tahun depan. PMR dan SPM. Jangan lalai dalam pelajaran. Hadiahkan keputusan yang cemerlang untuk ibu bapa kalian. Jangan hampakan mereka. Tiada Ibu Bapa siapalah kalian untuk berada di sekolah. Ingat itu ya. penulis minta maaf tidak dapat  menunaikan permintaan kalian merasa laksa johor. kewangan penulis tidak mengizinkan. InsyaAllah, ada rezeki penulis buat di Johor.

Terima Kasih sekali lagi membuat jamuan perpisahan di kelas 4gigih. Penulis hargai sangat-sangat.  Semoga kita ketemu lagi di lain waktu. InsyaAllah. Ingat pesan penulis, hormat  guru yang memberikan ilmu kepada diri kita, apabila terguris hatinya, maka ilmu yang kita terima tidak berkat. Jaga hati guru dan ibu bapa ye anak-anak murid penulis sekalian.





#terima kasih sudi menjadi anak-anak murid terbaik buat cikgu. cikgu tidak akan melupakan kalian semua yang memberikan kenangan manis buat cikgu. semoga berjaya pada masa hadapan. xoxo

2 comments:

  1. bersama murid murid adalah hal yang menyenangkan,, pestinya pengalaman yang tidak akan di lupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. memang tak boleh lupakan. bila teringat semua kenangan tu pasti tersenyum sendiri..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...