Tuesday, January 21, 2014

collagen atau makanan tambahan

 
Sekadar Gambar Hiasan
 
memang terlambat sangat miss kiw1 nak update pasal entri collegan atau makanan tambahan. lambakan produk berasaskan makanan tambahan sangat popular dalam kalangan masyarakat tempatan. kat Malaysia sekarang trend nak memutihkan muka , tegang, dan awet muda berleluasa. sana-sini kita boleh lihat masyarakat sekarang mempunyai muka yang tegang bagi golongan yang lanjut usia. tidak salah untuk menegangkan atau mencantikkan wajah.


 
serba sedikit info tentang collagen:
a protein made up of amino-acids, which are in turn built of carbon, oxygen and hydrogen. Collagen contains specific amino acids – Glycine, Proline, Hydroxyproline and Arginine. 
Collagen makes up approximately 30% of the proteins within the body. These are tough and strong structures found all over the body: in bones, tendons and ligaments.
 
-Dr Ananya Mandal, MD -
 

serba sedikit info tentang makanan tambahan:
Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.
Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.
Info tambahan boleh rujuk di sini ---> http://id.wikipedia.org/wiki/Aditif_makanan

 mungkin ada beberapa faktor yang kita lihat sesuai untuk pengambilan collagen atau makanan tambahan:-
 
sekadar gambar hiasan
 
1. Projek pikat suami 0.5
jika ini adalah sebabnya maka adalah digalakkan para isteri untuk mengambilnya. mungkin lepas makan atau minum produk berkenaan suami terus melekat kat rumah dan tak keluar-keluar lagi kan. isteri mana tak sayang suami sendiri. ye tak.. *untuk yang berkahwin je.
si suami terus tak pandang perempuan lain kan. tu la projek pikat suami 0.5..


 
sekadar gambar hiasan
2. Faktor kesihatan
sekiranya keadaan tubuh badan kita kurang tenaga. nak buat macam-macam kerja pun tak larat boleh cuba produk makanan tambahan. contohnya vitamin C, E, dan zat besi. kesihatan pun kena jaga juga kan. masyarakat sekarang pun tak ada masa nak makan buah-buahan tempatan seperti pisang, buah tembikai, dan lain-lain. jadi kesibukan masa juga amat sesuai la bagi encik dan puan mahupun cik untuk amalkan pemakanan collagen atau makanan tambahan. tapi senaman dan makanan mengikut piramid jangan diabaikan. itu keperluan kita.sepatutnya pakar pemakanan perlu menggariskan beberapa panduan yang sesuai untuk masayarakat di luar tentang pengambilan collagen atau makanan tambahan dengan betul. umur berapa sesuai untuk ambil, berapa kali boleh makan atau masa yang sesuai. lagipun sekiranya diambil secara melampau atau overdose mungkin ada kesan sampingan kepada kesihatan kita. ada baru-baru ni ketika rancangan wanita hari ini memaparkan tentang kesan jika percaya kepada testimoni adakah berkesan kepada pengguna?? ada seorang doktor beritahu itu cuma testimoni yakni bukan kajian dari perubatan. haaaa bila dengar miss kiw1 pun fikir banyak kali.  betul juga kata doktor tu.
 
3. Meningkatkan keyakinan diri
siapa kata makanan tambahan dan collagen boleh meningkatkan keyakinan diri? orang yang dah amalkan sahaja tahu boleh tingkatkan diri mereka atau tidak. bukan pengeluar. haa seorang pengguna sebelum ada masalah dengan badan tidak bermaya. jadi pengambilan vitamin C mampu meningkatkan tenaga dan badan bertambah segar. seterusnya pengguna tersebut terus berasa yakin untuk meneruskan kehidupan. itulah kesan positif.

sekadar gambar hiasan
 
4. Rupa asal ada masalah
jika anda rasa diri anda sangat bermasalah seperti jerawat, jeragat yang tidak pernah surut, kesan parut melampau, hitam waktu jalani latihan PLKN. boleh sangat ambil produk itu. ini cuma saranan. Nak ambil boleh tak ambil pun boleh. tapi sekiranya rupa dah cantik, licin jangan nak memandai cuba ambil. syukurlah dengan apa yang kita ada. Allah beri pun dah sangat cantik. kecantikan pun merupakan ujian dari Allah. Apa pun bila dah mencuba tawakal dan doa.


by: zubidzue kakashi

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...