Saturday, November 30, 2013

hama menyerang imuniti miss kiw1 !!

miss kiw1 diserang penyakit alahan hama yang sangat serius..tak pernah berlaku sebelum ni dalam hidup miss kiw1.. gatal-gatal satu badan. timbul bintik-bintik merah..
langkah yang miss kiw1 ambil ialah :

1- pergi klinik
masa pergi klinik miss kiw1 postpone 2hari sebab tak ada pengangkutan. minta tolong kawan yang ada motor. pergi punya pergi sampaikan  miss kiw1 tertinggal kad ic..akhirnya terpaksa pakai kad matrik. untuk ambil no ic sahaja..darurat sangat..nak patah balik malas, ye laaa dah gatal sangat.
dr. check bintik kat badan..die cakap kena gigit dengan binatang !!!!!!!! binatang?? apa tu??
fikir punya fikir..dr sebut hama !! baik..badan aku memang alahan hama dan sebarang habuk sama ada habuk kayu atau habuk asap .  tapi ni dah teruk sangat..
dr bagi ubat sapu(racun) untuk hilangkan bintik. dapat ubat pil alergik dan ubat gatal..hehe

2. basuh semua cadar dan baju yang baru sekali pakai.
disiplin pula miss kiw1 sekarang .tak boleh dah pakai baju 2kali sekarang ni..walaupun seluar pun. baik miss kiw1 pun buat macam tu setiap hari.. sampai 2minggu..rasa gatal dah hilang. yela ikut tertib makan ubat. lepas tu.. sapu ubat krim.. (tak suka bau ubat)

3. cuci tangan dengan sabun setiap kali tangan kotor
rutin miss kiw1 sekarang rajin cuci tangan dengan sabun,..sabun wangi.hehe  nak elakkan kuman tersebar.. basuh..dan kerap mandi setiap hari.. rasa lega..

4. tahan tangan daripada menggaru.
bila tak ada daya tahan..mungkin badan miss kiw1 penuh dengan parut..dari hujung rambut sampai hujung kaki..tapi alhamdulillah berkat tahan tangan daripada menggaru..bintik kat badan ni cepat surut..kalau tak dah hilang tempat lama tumbuh kat tempat baru...seksa rasa.. tapi ada hikmah.. sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kan.

5. mandi dengan air suam-suam sederhana panas..
dah jadi macam orang putih pulak miss kiw1 ni. mandi dengan air panas.. air panas tu miss kiw1 buat cucikan badan..sambil tu boleh bunuh kuman kat badan... tahan je lah badan kena siram dengan air panas. tapi lega tak ada rasa gatal lagi..
syukur alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...