Thursday, December 5, 2013

Rambut Gugur ohooiii

Bissmillahirahmanirrahim..

Rambut oh rambut keguguran lagi..
mula-mula sehelai demi sehelai bertaburan atas lantai
mungkin sebab miss kiw1 biarkan rambut masih basah dibaluti dengan serkup.. habis nak buat macam mana dah terlambat.. tapi miss kiw1 akan keringkan sedikit rambut dengan kain. kalau nak ok lagi anginkan dengan kipas baru rambut kekal lurus dan licin..

tapi satu masalah ni je miss kiw1 tak dapat nak selesaikan iaitu rambut gugur dan kelemumur..
dah cuba pakai sabun shampoo pantene anti-dandruf tapi kelemumur je hilang. rambut gugur pula muncul.
bila pakai shampoo khas untuk rambut gugur..kelemumur pula muncul.

mungkin salah satu faktor rambut miss kiw1 ni gugur disebabkan oleh faktor pemakanan. sebab miss kiw1 ni jarang stress.. tekanan alhamdulillah dapat diatasi dengan selalu berfikiran positif dan selalu redha akan ketentuan Ilahi..tenang hati. muka pun nampak muda. alhamdulillah.

baik..dalam pemakanan tadi kita kena kurangkan pengambilan ajinomoto. dan sebarang perasa tambahan dalam pemakanan kita. sebab itu, jika kita selalu makan kat luar kita akan perasan rambut kita kerap gugur walaupun kita tak stress..haaaa betul tau. sebab miss kiw1 selalu makan luar tu yang tahu..

seperkara lagi..jari kita ni jangan selalu main tarik-tarik rambut. sebab tu akar rambut kepala tak kuat dan peluang untuk rambut gugur itu sangat cerah..

*_^ ok selamat beramal..jom lihat rambut kita///

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...