Saturday, November 13, 2010

penoreh getah OKB


HULU TERENGGANU - Kenaikan harga getah mendorong ramai individu yang sebelum ini tidak pernah memegang pisau penoreh mula berjinak dengan pekerjaan itu.
Seorang daripadanya bilal masjid Kampung Kuala Akob  di sini, Harun Salleh, 43, yang mula menoreh getah sejak setahun lalu dengan mengambil upah menoreh di kebun getah milik orang lain.
Menurut Harun, pendapatan menoreh getah mulai pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi setiap hari boleh mencapai lebih RM1,000 sebulan.
"Dalam sebulan dua ini pendapatan menoreh lebih baik di mana pada minggu lepas saya dapat RM600 untuk empat hari," katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, penduduk kampung yang memiliki kebun sendiri akan meraih pendapatan lebih lumayan kerana tidak perlu berkongsi hasil jualan getah.
Sementara itu, di JeliKelantan, kenaikan harga getah turut menarik minat seorang lepasan kolej swasta untuk menceburi bidang yang sebelum ini tidak diberi perhatian langsung.
sumber: kosmo
daripada apa yang dilihat, disimpulkan,,, jom toreh getah reramai..masyukkk tu..
ada pihak yang melaporkan ia berkaitan dengan isu politik..hmm yang tu anda kaji sendiri lah..hahaha
tapi bagus juga getah naik..masyarakat kurang bernasib baik di luar  sana pon dapat hasil yang lumayan..kan. hah 
kalau anda nak duit poket lebih cuba lah menoreh getah..mesti kaya punya..
sekarang penoreh getah boleh lah digelar ORANG KAYA BARU,(OKB)
post by: Cheq-zoe

2 comments:

  1. getah mahal, tapi cuaca tidak menentu.. susah gak tu..

    ReplyDelete
  2. hmmmm..itu lah..kna berhati2 juga.. kesihatan kena jaga..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...