Saturday, June 16, 2012

Jerebu Menyerang Malaysia


hukkk hukkk hukk...sakit dada rasa miss kiw1 apabila menghidu udara yang kurang segar di Malaysia ni. Lokasi Miss kiw1 berada berhampiran dengan Ibu Negara, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur terjejas teruk dengan perubahan udara  yang sangat kotor, tempias dari udara kemarau di Indonesia. Sabak Bernam juga begitu, udara tidak segar walaupun kenderaan sudah mula menyusur keluar daripada kawasan kediaman pelajar. Seakan-akan udara berhabuk.  

Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan perlu diambil oleh anda semua semasa jerebu sedang berlaku :

1- Tutup Tingkap supaya udara kotor tidak memasuki kediaman anda.




2-  Pakai topeng atau mask semasa keluar menaiki motorsikal, macam miss kiw1 pakai ni,


3- Minum air masak sebolehnya 9 gelas sehari.supaya badan kita memiliki kandungan air dalam badan yang mencukupi.


4- Makan sayuran segar supaya khasiatnya dapat diserap dalam badan. Badan yang sihat kekalkan ketahanan badan untuk melakukan pelbagai aktiviti.


5. Tidak lupa juga buah-buahan. Khasiat buah-buahan juga membantu memberikan kesegaran kepada tubuh badan kita. Jadi makanlah sekurang-kurangnya 3 jenis buah-buahan sehari. ^__^




(^______^)/"'/

Selamat Mencuba dan Jaga Kesihatan Ya.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...