Friday, June 15, 2012

Perlawanan Bola France Vs Ukraine

  

16 jun 2012 ..sekarang berlangsungnya perlawanan bola Euro Cup antara France vs Ukraine.
Jadi Miss Kiw1 sediakan serba sedikit berkenaan Negara Perancis dan Negara Ukraine.



Perancis
menurut Wikipedia Bahasa Melayu ----> Perancis, secara rasmi dipanggil Republik Perancis (Bahasa PerancisRépublique française, disebut [ʁepyblik fʁɑ̃sɛz] dalam bahasa Perancis), ialah sebuah negara di mana wilayah metropolitannya (dipanggil Perancis Metropolitan) terletak di Eropah Barat. Negara ini juga dibentuk oleh pulau-pulau dan wilayah yang terletak di benua-benua yang lain, yang dipanggil Wilayah Luar Negeri Perancis.

Perancis Metropolitan, iaitu wilayah Perancis yang utama, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol, tenggara United Kingdom; bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Itali dan Sepanyol. Wilayah ini juga mempunyai sempadan dengan negara Belgium, Jerman dan Luxembourg di sebelah timur laut; Switzerland di sebelah timur; Itali dan Monaco di sebelah tenggara; dan Andorra dan Sepanyol di sebelah barat daya. Selain itu, Wilayah Luar Negeri Perancis Guiana Perancis juga berkongsi sempadan darat dengan Brazil danSuriname, dan Saint-Martin pula bersempadan dengan Antillen Belanda. Perancis dihubungkan dengan United Kingdom melalui Terowong Selat, yang berlalu di bawah Selat Inggeris.
Perancis adalah antara anggota pertama Kesatuan Eropah, ahli NATO, dan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB.

Ukraine (Sebutan Inggeris /juːˈkreɪn/Bahasa UkraineУкраїнаUkrayina/ukrɑˈjinɑ/) merupakan sebuah negara di Eropah Timur. Ia bersempadan dengan Russia timur, Belarus ke utara, PolandSlovakia dan Hungary ke barat, Romania dan Republic Moldova di tenggara, dan Laut Hitam dan Laut Azov di setatan. Bandar Kiev (Kyiv) merupakan ibu negara Ukraine.

Ukraine pula, menurut Wikipedia Bahasa Melayu, 
Sejarah negara ini bermula dengan Slavs Timur. Semenjak sekurang-kurangnya abad ke-9, jajahan Ukraine merupakan pusat medieval tamadun Slavic Timur membentuk negara Kievan Rus, yang berpecah pada abad ke-12. Dari abad ke-14 seterusnya, jajahan Ukraine di bahagi kepada beberapa kuasa region dan menjelang abad ke-19 bahagian Ukraine terbesar dimasukkan kedalam Empayar Russia dangan bakinya di bawah pengawalan Empayar Austro-Hungarian. Selepas tempoh kacau bilau perperangan yang berterusan dan beberapa cubaab kemerdekaan (1917–1921) selepas Revolusi Russi 1917 dan Perang Dunia, Ukraine muncul pada tahun 1922 sebagai salah satu negara yang mengasaskan republik Soviet Union. Kawasan Republik Ukrainian Socialist Soviet diperbesarkan kearah barat tidak lama sebelum dan selepas Perang Dunia II, dan sekali lagi pada 1954 dengan pengalihan Crimea. Pada tahun 1945, Ukrainian SSR menjadi salah satu ahli pengasas Bangsa-bangsa Bersatu. Ukraine mencapai kemerdekaan sekali lagi selepas pembubaran Soviet Union pada 1991. Ini memulakan tempoh peralihan ke ekonomi pasaran, di mana Ukraine mengalami lapan tahun berturut kejatuhan ekonomi. Tetapi semenjak awal abad ini, ekonominya mengalami peningkatan stabil, dengan kadar pertumbuhan GDP sebenar purata sekitar tujuh peratus setahun.

Ukraine merupakan negara gabungan terdiri dari 24 oblast (jajahan), satu repbulik autonamous (Crimea), dan dua bandar dengan status khas: Kiev, ibu negaranya dan , and Sevastopol, yang menempatkan Armada Laut Hitam Russia di bawah perjanjian sewaan.Ukraine merupakan republik di bawah sistem separuh-president dengan badan legislatif, badan exekutif, dan perhakiman yang berasingan. Menjelang akhir 2004, negara ini mengalami perubahan semula perlembagaan yang besar yang menukar imbangan kuasa dikalangan parlimen, perdana menteri, kabinet, juga hubungan mereka dengan President Ukraine.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...